Sikap
Masyarakat Malaysia:
SUSAH ABANG
PAYAH ADIK
Jika diukur dari segi amalan dan kerja
kebajikan masyarakat Malaysia tidak ketinggalan sekirannya dibandingkan dengan
masyarakat lain di dunia ini. Entah berapa peristiwa yang mengharukan pernah
dilakukan oleh rakyat negara ini pada masa yang lampau. Misalnya kepada
orang-orang Palestin yang menderita akibat peperangan yang berlanjutan mahupun
orang Afrika yang kebuluran, semua ini pernah dilakukan oleh masyarakat
Malaysia dengan memberi derma. Semua ini tunjukkan di peringkat antarabangsa.
Masyarakat Malaysia juga sentiasa menunjukkan
simpati kepada orang-orang yang kurang bernasib baik dalam tanah air sendiri.
Peristiwa budak leukimia, Mohd. Hafizi Harun adalah bukti yang terbaru. Tahniah
kepada adik Mohd. Hafizi dan ibu bapanya dan taniah juga harus disampaikan
kepada penderma-penderma termasuk akhbar Utusan Malaysia di atas sumbangan dan
pertolongan mereka yang membolehkan budak yang kurang bernasib baik itu
mendapat peluang untuk menjalani pemindahan sum-sum tulang di Hospital
Kanak-kanak Prince of Wales di Sydney, Australia.
Kita percaya sepanjang hidupnya adik Mohd.
Hafizi tidak akan melupai bahkan beliau akan membalas kasih bangsa Malaysia
yang menghulurkan sesuatu kepadanya pada saat-saat genting dan pada masa dia
amat mnemerlukan bantuan.
Sedangkan, peristiwa adik Mohd. Hafizi bukan
perkara yang pertama kali. Rakyat negara ini sentiasa menunjukkan sifat
perikemanusiaan dan semangat saling bantu membantu dalam hidup seharian mereka.
Dari peristiwa adik Mohd. Hafizi yang telah diberikan publisiti yang meluas,
itu telah memberikan kita satu idea yang positif.
Benar, selama ini 'Malaysianegara ini tidak
mengira keturunan sama-sama telah menunjukkan satu’nilai’ yang saksama iaitu
ada perasaan kasihan, sedia tampil ke depan untuk memberi bantuan kepada orang
yang kurang bernasib baik, atau yang menderita. Tetapi satu hakikat yang kita
tidak dapat nafikan ialah setakat ini kita masih belum mengambil kesempatan
untuk memupuk dan menjalin semangat persaudaraan antara kaum menerusi peristiwa
yang dimaksudkan itu.
Dari tinjauan setiap hari berlakunnya
peristiwa 'sedih' melibatkan individu seperti apa yang dialami oleh adik Mohd.
Hafizi. Selalunya akhbar-akhbar tempatan memainkan peranan yang agak
menggalakkan dalam usaha mendapatkan derma dari orangramai untuk memberi bantuan. Bagaimanpun usaha-usaha ini biasanya ‘terhad’ kepada sesuatu kaum
tertentu. Ini bermakna orang yang memerlukan bantuan itu terdiri dari sesuatu
kaum, cuma akhbar berbahasa ibunda kaum berkenaan yang terlibat dalam usaha
mengutip derma dari orangramai. Walaupun kadangkala ada kes kecualian tetapi
semua ini tidak sampai ke tahap yang memuaskan.
Apa yang dimaksudkan ialah, sebenarnya semangat
persaudaraan dan perpaduan sudah berakar umbi dalam fikiran raykat Malaysia
dari semua keturunan. Ini dapat dibuktikan dalam peristiwa yang membabitkan isu
kebangsaan seperti dalam awal enam puluhan, rakyat negara ini berganding bahu
menentang pencerobohan Indonesia yang bermusuhan dengan kita. Dalam peristiwa
terbaru yang berlaku di Stadium Negara, rakyat (peminat) berbilang kaum telah
menunjukkan semangat patriotisme yang tinggi apabila sama-sama memberi sokongan kuat kepada pasukan badminton negara menentang Indonesia (di peringkat
separuh akhir) dan kemudiannya negara China (di peringkat akhir).
Dalam kehidupan seharian, peristiwa yang mana
rakyat berbilang kaum saling membantu antara satu sama lain sering berlaku.
Tetapi apakah kita hanya merasa puas hati dan
selesa terhadap situasi yang agak menggalakkan itu?
Tidak! Untuk membina sebuah Negara yang
benar-benar bersepadu terutama sekali negara seperti Malaysia yang terdiri dari
berbagai-bagai kaum, kita harus meningkatkan lagi semangat persaudaraan dan
perpaduan ini. Dalam pada itu media massa harus mengambil kesempatan peristiwa
yang menyentuh belas kasihan manusia seperti yang dimaksudkan itu untuk memupuk
dan meningkatkan semangat tersebut.
Justeru itu akhbar-akhbar tempatan diseru menerbitkan kes-kes orang-orang yang kurang bernasib baik bukan setakat dalam
akhbar bahasa ibunda orang-orang berkenaan tetapi diterbitkan juga dalam
akhbar-akhabr berbahasa lain.
Dengan berbuat demikian, kita akan dapat
menyemai semanagat persaudaraan yang tulin di antara kaum, mereka akan
benar-benar berpegang teguh dengan fikiran “berat sama dipikul, ringan sama
dijining”, seperti juga yang dikatakan oleh orang Tionghua “susah abang-payah
adik”!.
Seandainya kita dapat mencapai ketahap yang
diharapkan itu, apa-apa yang akan dilakukan oleh rakyat negara ini tidak akan
terbatas kepada kaum-kaum tertentu. Dalam keadaan seperti ini nescaya perpaduan
tidak akan menjadikan perkara yang “memeningkan kepala” pemimpin negara.
Kerana kita sama-sama adalah “susah abang-payah
adik”, tiada batas perkauman lagi!
没有评论:
发表评论