UMUM mengetahui bahawa Perlembagaan Persekutuan kita (perkara 8) memberi perlindungan kepada rakyat jelata atas hak-hak asasi mereka tanpa sebarang diskriminasi yang berasaskan agama, kaum, keturunan atau tempat lahirnya. Ini bermakna hak kaum minoriti adalah terjamin dan bukan mudah dicabuli oleh sesiapapun.
Bagaimanapun, terdapat satu
kaum minoriti di Malaysia yang benar-benar kurang bernasib baik dan mereka
tidak berhak untuk menikmati perlindungan hak samarata seperti rakyat biasa.
Kumpulan yang dimaksudkan ialah kaum pondan ataupun dalam istilah perubatan
‘Hermaaphrodite’, ertinya orang yang mempunyai kedua-dua organ kemaluan lelaki
dan perempuan, perbezaannya cuma adalah satu antara organ itu lebih berkembang
daripada yang lain.
Kewujudan kaum pondan ini
tidak dapat diterima dengan baik oleh negara ini bukan setakat umum, malah pihak
kerjaaan pun turut bersikap demikian. Pendirian pihak Pejabat Pendaftaran
Negara yang enggan mendaftar seseorang itu selain daripada jantina lelaki atauapun
perempuan jelas membayangkan dilema kaum pondan, dan kehidupan kaum pondan
adalah tidak bermaruah, bagaikan rumput di tengah jalan dipandang hina, dikeji
dan juga dipandang jijik oleh para anggota masyarakat kita.
Keadaan ini telah melemahkan
semangat mereka dan kesan paling negatif yang boleh dilihat daripada hakikat
bahawa ramai di antara pondan-pondan itu menggadaikan maruah dan mencari
nafkah dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti maksiat. Itupun mereka
mengalami dilema, kerana mahu menjadi pelacur pun mereka tidak layak kerana
mereka ‘tidak mempunyai senjata yang sempurna’! Namun, mereka terpaksa memberi
‘perkhidmatan istimewa’ kepada lelaki yang mempunyai kegemaran yang luar biasa
juga.
Ada sesetengah pondan menjaga
maruah mereka dengan mencari kerja yang jauh daripada aktiviti yang tidak
bermoral itu. Tetapi malangnya ini tidak bermakna mereka telah dapat melarikan
diri daripada nasib celaka. Teman-teman di sekeliling mereka mempunyai pandangan
yang ganjil dan pelik di samping memerli mereka. Kalau dikiaskan dengan orang
gila, orang gila mungkin lebih bertuah kerana mereka tidak sedar akan diri
mereka dan tidak gelisah. Tetapi bagi para pondan yang siuman, jiwa mereka
terseksa seumur hidup. Lantaran itu, jika tiada kelonggaran dan membebaskan
diri mereka daripada keseksaan ini, lambat laun mereka boleh menjadi mental!
Tetapi siapa di antara anggota
masyarakat yang sihat dan normal pernah benar-benar cuba memahami kesengsaraan
kaum pondan? Baru-baru ini kita melihat adanya sedikit percubaan daripada pihak
berkuasa untuk memberi perlindungan sementara kepada kaum pondan. Dalam pada
ini borang Pemaklum Kelahiran (Birth Notice Form) yang dikeluarkan oleh pihak
Pejabat Pendaftaran Negara telah menyediakan ruangan jantina dengan tiga
ketogori, iaitu “lelaki”, “perempuan” dan “lain-lain” (others).
Ketua Pengarah Pendaftaran
Negara Datuk Syed Rosley Syed Abu Bakar telah menerangkan (The Malay Mail)
bahawa sekiranya seseorang bayi mempunyai kedua-dua jenis organ kemaluan
lelaki dan perempuan, beliau akan diketogorikan dalam ruangan “lain-lain”.
Tetapi penjelasan lanjut yang telah diumumkan oleh Datuk Syed Rosley itu masih
tidak menyenangkan kerana beliau mengatakan pihaknya menyangka apabila
seseorang anak itu mencapai umur dua belas tahun jantinanya pasti boleh
ditentukan oleh pakar perubatan. Jadi ruangan “lain-lain” tidak akan wujud lagi
dalam borang permohonan untuk mendapatkan kad pengenalan. Ini bermakna kaum
pondan masih menghadapi kerumitan seperti dahulu. Bagaimanapun panggilan
“lain-lain” ke atas kaum pondan pun tidak begitu sesuai kerana ia juga
merupakan panggilan yang tidak bermaruah.
Apakah kita terus membiarkan
kaum pondan sengsara berpanjangan dan langsung tidak diberikan sebarang
pertolongan atau belas kasihan kemanusiaan? Kita harus mengakui bahawa bukan
pilihan mereka untuk menjadi pondan, itu semua adalah kehendak Tuhan! Kerajaan
harus mengiktiraf secara rasmi kewujudan kaum pondan dengan memberi martabat
kepada mereka dalam masyarakat. Dalam hubungan ini, disyorkan supaya pihak kerajaan
mengambil langkah yang positif dengan memberikan satu panggilan yang sesuai
kepada kaum pondan sebagai satu jantina untuk menggantikan perkataan
“lain-lain” yang menjatuhkan maruah itu. Justeru itu, semua borang-borang rasmi
mesti menyediakan ruangan jantina untuk kaum pondan selain daripada ruangan
untuk lelaki dan perempuan. Kerajaan harus juga mengambil inisiatif untuk
membuat sesuatu bagi menghapuskan prejudis masyarakat umum terhadap kaum
pondan.
Jangan kita lupa, tiap-tiap
orang berhak untuk hidup dalam negara ini dengan menikmati hak-hak
samarata. Selagi kita memberi perlindungan kepada kaum pondan agar mereka
setaraf dengan kaum lelaki dan perempuan mereka tetap didiskriminasikan dan
tidak mempunyai martabat serta maruah dalam masyarakat kita, maka perlembagaan
negara mempunyai kelemahan yang menjadikannya kurang sempurna.
Buku Maruah Bangsa MELAYU GAGAL ? ini diterbitkan 2 dekad dahulu. Namun, masalah diluahkan oleh penulis masih kekal menghantui masyarakat yang berbilang kaum negara ini.
kaum pondan tak dihina di negara Thai, malah pemerintah Thai menghormati mereka dan memberikan galakan.
回复删除Kenapa pula pemerintah bolehland dan penjawat kerajaan sama sekali tak menghormati kaum atau lapisan masyarakat ini.
renunglah semua dan mereka harus menubuhkan persekutuan atau persatuan utk melindungi hak asasi mereka.