2012年11月26日星期一

MCA PUNCA UMNO JADI CHAUVINIS

(Petikan drpd buku Maruah Bangsa Melayu Gagal ? terbitan April 1991)


KUALA LUMPUR: Kalangan pemimpin UMNO dari pelbagai peringkat menyifatkan sindiran oleh Pengerusi Biro Politik MCA Selangor, Chan Tse Yuen menerusi rencana bertajuk ‘UMNO’ Banyak Lahirkan Pemimpin Chauvinis’ sebagai satu senjata yang akan makan tuan.

Mengulas rencana yang disiarkan dalam akhbar ini (Edisi 29 Nov – 1 Disember), para pemimpin UMNO berpendapat, MCA tidak seharusnya mencari asas lain untuk ‘melemparkan batu sembunyi tangan’ kepada orang-orang Melayu.

Sehubungan itu, mereka memberi amaran kepada segelintir pemimpin MCA agar tidak membuat tuduhan melulu dan mendakwa orang-orang UMNO sebagai pemimpin chauvinis. “Kami menganggap tuduhan itu sebagai satu tindakan yang mencabar hak orang-orang Melayu dalam mempertahankan maruahnya, bagaimana pun kami yakin sindiran itu akan menikam MCA sendiri,” tegas mereka.

Ketua Pergerakan UMNO Bahagian Pendang, Encik Othman Abdul menegaskan, para pemimpin UMNO tidak dilahirkan untuk menjadi ‘chauvinis’ malahan UMNO secara terus terang menentang ‘mereka’ yang bersikap chauvinis.

Encik Othman yang juga Anggota Parlimen Pendang selanjutnya menarik perhatian kenyataan Chan Tse Yuen itu sebagai helah untuk menutup sifat-sifat chauvinis sesetengah rakannya dalam MCA dengan mejadikan kononnya UMNO sebagai punca tercetusnya ketegangan antara kedua pihak baru-baru ini.

“Sila buktikan jika UMNO yang menjadi punca? Kami akan bangkit bersuara jika dicabar. Malah kita akan bangun dan menentang bila maruah serta perasaan kita disentuh oleh ‘mereka’ yang langsung tidak menghiraukan hati dan perasaan orang-orang Melayu”, tekan beliau. “Kita bukan lahir untuk menjadi chauvinis, tetapi kita menentang mereka yang bersifat demikian. Kita orang-orang Melayu adalah bersifat defensif, yang mana kita mempertahankan hak dan maruah kita”.

Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Encik Azman Attar Othman mencabar Pengerusi Biro Politik MCA Selangor itu menarik balik tuduhan tersebut.

Katanya, dala konteks ini UMNO sememangnya melahirkan pemimpin-pemimpin yang bersemangat kebangsaan dan sayangkan bangsanya”. Bagaimanapun, rencana Chan itu lebih berbentuk tuduhan seolah-olah UMNO yang memukul gendang perang terhadap ketegangan UMNO-MCA baru-baru ini,” tegasnya bersungguh-sungguh.

Encik Azman yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu berkata, orang Melayu ibarat sarang tebuan malahan MCA pula janganlah hendaknya ‘lempar batu sembunyi tangan’.

Dalam rencana (rujuk WATAN) Pengerusi Jawatankuasa Biro Politik MCA Selangor itu, antara lain mengulas, negara kini sedang menghadapi satu cabaran yang rumit sekali sejak merdeka dan jika tidak dapat diatasi ia mungkin mendatangkan malapetaka yang mana sukar dipulihkan semula.

Perkembangan sedemikian, pada pandangan Chan Tse Yuen, ramai pemimpin negara kini bercorak ekstrimis dan berpandangan sempit dan dalam hal ini katanya UMNOlah yang banyak melahirkan pemimpin chauvinis. Beliau juga menuduh bahawa pemipin chauvinis dari MCA hanya muncul akibat dari ekstrimis UMNO.

“Para pemimpin MCA khasnya dalam peringkat usia muda seperti Chan Tse Yuen harus sedar bahawa mereka itu pada hakikatnya baru celek dan lupa asal-usul,” tegas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sungai Siput, Haji Mohd. Padil Harun.

“Kenyataan yang ditulis dan disiarkan itu seolah-olah cuba mengaburi pandangan orang lain. Seolah-olah meletakkan semua kesalahan kepada orang-orang Melayu,” jelas Haji Padil, yang juga salah seorang Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.


没有评论:

发表评论